Rabu, 22 Disember 2010

LEBIH TUA

Ahmad: Berapa umur kau Omar?
Omar: Umur aku dah 20 tahun
Ahmad: Betul ke umur kau 20 tahun?
Omar: Betullah...kalau kau tak percaya, kau tengok mycard aku ni...
Ahmad: mmmm...sebenarnya umur kau lebih dari 20 tahun
Omar: ??????( tak pandai kira kot si mamat ni)



Sebenarnya kiraan umur oleh Ahmad dan Omar, kedua-duanya adalah betul....Betul? Pelik gak ni...Kiraan umur oleh si Omar adalah berdasarkan Tahun Masehi, manakala si Ahmad mengira umur Omar berdasarkan Tahun Hijrah...Kenapa boleh berlaku perbezaan? Ini adalah kerana jumlah hari dalam setahun Tahun Masehi adalah 365 + 1 hari, manakala jumlah hari dalam setahun Tahun Hijrah tidak melebih 360 hari...Ini bermakna, berdasarkan Tahun Hijrah umur kekawan melebihi dari umur yang kekawan raikan setiap kali tibanya "birthday"...Apa kata selepas ni, kekawan cuba raikan befday kekawan berdasarkan Tahun Hijrah...sekurang-kurangnya, secara tak langsung kekawan tahu kalendar Hijrah...Macam mana nak tau tarikh lahir kekawan berdasarkan Tahun Hijrah? Senang je...gunakan "converter" kalendar seperti yang aku letak widget kat sidebar sebelah kiri... Tarikh lahir aku 14 March tahun......, bila aku convert ke Tahun Hijrah, aku dilahirkan pada 18 Jamadil Akhir, hari Jumaat jam 3.00 pagi (jam 3.00 pagi berdasarkan Sijil Lahir)...
Panduan:
1. Mula-mula klik tarikh lahir (DD)
2. Kemudian click 'single arrow' sama ada kiri atau kanan sehingga jumpa bulan lahir (MM)
3. Kemudian click 'double arrow' kiri sehingga jumpa tahun lahir.
4. Di bahagian atas widget tu terpapar tarikh lahir kekawan dalam Tahun Hijrah
5; Jika nak kembali semula kepada tarikh hari ini, click perkataan "today"
Cubalah...

4 ulasan:

  1. salam, info menarik ni :) dah tua dah rupanya aku ni..dalam kiraan umur pun kita berpndukan pada Nasrani.

    BalasPadam
  2. W'salam..itulah sepatutnya kita lakukan ,sekurang2nya untuk diri dan keluarga kita..sama2lah kita panjangkan info ini

    BalasPadam
  3. tksh lulu...mungkin lulu bleh buat lbh menarik tajuk ini dlm blog lulu

    BalasPadam

syukran kerana memberi komen