As salam...
Cikgu suka main bola...
hari-hari cikgu main bola..
hari-hari cikgu suka.... tidurrrrrrrrrr
Aku taknak citer pasal cikgu tido dalam kelas kerana dalam citer P.Ramlee ada ditonjolkan adegan tu...aku nak citer pasal "cikgu mengajar atau mendidik?" Seantero Malaya dah tau, kenapa seseorang mahu jadi guru...banyak sebabnya, tak payahlah aku terang satu persatu...dan sebab yang paling aku tak suka dengar kalau menjadi guru sebagai pilihan terakhir...tapi takpe, kata orang tak kenal, maka tak cinta..sebenarnya bukan sebab itu yang menjadikan seorang guru tu mengajar atau mendidik, banyak lagi faktor-faktor lain.
Dalam entry aku kali ini, aku nak citer dua senario apa yang dikatakan "cikgu yang mengajar"
Senario 1: Sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah, cari tempat parking yang berhampiran gate sekolah, pastu siap-siap parking ngadap ke gate sekolah....kalau kebetulan last period free, 10 minit lagi loceng tamat persekolahan dah masuk dalam kereta dan terus hidupkan enjin. Kereta bergerak serentak dengan bunyi loceng....
Senario 2: Masuk kelas terus mengajar, tanpa terlebih dulu tengok kot2 ada sampah sarap, kerusi meja tak tersusun, murid-murid masih lagi bercakap...mengajar terus mengajar, tak kira murid dengar ke! murid faham ke! murid buat bising ke! yang penting tajuk yg nak diajar habis...bunyi loceng terus keluar
Tentu kalau "cikgu yang mendidik" membaca senario di atas akan tersenyum sinis...ada ke cikgu camtu? Renung-renungkan
Memaparkan catatan dengan label DUNIA PENDIDIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUNIA PENDIDIKAN. Papar semua catatan
Selasa, 25 Januari 2011
Jumaat, 7 Januari 2011
TERCIPTA SEJARAH TERSENDIRI
Kali ini entry aku ke arah akademik sikit, namun begitu ada kaitannya dengan sejarah hidupku yang sukar dilalui oleh orang lain walaupun tak sehebat mana....tetapi sangat bermakna buat diriku...
Mungkin ada yg tak sedar bila kita belajar secara formal mesti ada kurikulum..kurikulum adalah satu dokumen yg mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yg mempunyai objektif kognitif, psikomotor dan afektif bagi satu pelajaran...Kurikulum yg dibina perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat semasa dan akan datang. Jadi tak heranlah kurikulum itu berubah..misalnya KBSR bertukar kepada KSSR..di kalangan cikgu isitilah KBSR dan KSSR tu semua dah tau...cuma mungkin ada yang tak perasan KBSR tu dilaksanakan pada tahun 1995 dan KSSR itu dilaksanakan tahun ni (2011), bermakna KBSR dilaksanakan selama 15 tahun yang menekankan kepada aspek 3M, manakala KSSR pula menekankan kepada aspek 4M...
Berbalik dengan sejarah hidupku berkaitan dengan kedua-dua kurikulum di atas tadi...semasa dilancarkan KBSR tahun 1995, aku berpeluang menulis buku teks PJK untuk Tahun 1, dengan ertikata lain, aku orang pertama yg menulis buku teks PJK untuk KBSR
Mungkin ada yg tak sedar bila kita belajar secara formal mesti ada kurikulum..kurikulum adalah satu dokumen yg mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yg mempunyai objektif kognitif, psikomotor dan afektif bagi satu pelajaran...Kurikulum yg dibina perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat semasa dan akan datang. Jadi tak heranlah kurikulum itu berubah..misalnya KBSR bertukar kepada KSSR..di kalangan cikgu isitilah KBSR dan KSSR tu semua dah tau...cuma mungkin ada yang tak perasan KBSR tu dilaksanakan pada tahun 1995 dan KSSR itu dilaksanakan tahun ni (2011), bermakna KBSR dilaksanakan selama 15 tahun yang menekankan kepada aspek 3M, manakala KSSR pula menekankan kepada aspek 4M...
Berbalik dengan sejarah hidupku berkaitan dengan kedua-dua kurikulum di atas tadi...semasa dilancarkan KBSR tahun 1995, aku berpeluang menulis buku teks PJK untuk Tahun 1, dengan ertikata lain, aku orang pertama yg menulis buku teks PJK untuk KBSR
Rupanya sejarah itu berulang lagi...aku menjadi orang pertama juga bila aku berpeluang menulis buku PJK untuk Tahun 1 tapi kali ni KSSR pula...Itulah yg aku kata TERCIPTA SEJARAH TERSENDIRI...sepanjang pelaksanaan KBSR dan KBSM aku juga berpeluang menulis beberapa buah buku teks dan buku rujukan, antaranya
Rabu, 22 Disember 2010
LEBIH TUA
Ahmad: Berapa umur kau Omar?
Omar: Umur aku dah 20 tahun
Ahmad: Betul ke umur kau 20 tahun?
Omar: Betullah...kalau kau tak percaya, kau tengok mycard aku ni...
Ahmad: mmmm...sebenarnya umur kau lebih dari 20 tahun
Omar: ??????( tak pandai kira kot si mamat ni)
Sebenarnya kiraan umur oleh Ahmad dan Omar, kedua-duanya adalah betul....Betul? Pelik gak ni...Kiraan umur oleh si Omar adalah berdasarkan Tahun Masehi, manakala si Ahmad mengira umur Omar berdasarkan Tahun Hijrah...Kenapa boleh berlaku perbezaan? Ini adalah kerana jumlah hari dalam setahun Tahun Masehi adalah 365 + 1 hari, manakala jumlah hari dalam setahun Tahun Hijrah tidak melebih 360 hari...Ini bermakna, berdasarkan Tahun Hijrah umur kekawan melebihi dari umur yang kekawan raikan setiap kali tibanya "birthday"...Apa kata selepas ni, kekawan cuba raikan befday kekawan berdasarkan Tahun Hijrah...sekurang-kurangnya, secara tak langsung kekawan tahu kalendar Hijrah...Macam mana nak tau tarikh lahir kekawan berdasarkan Tahun Hijrah? Senang je...gunakan "converter" kalendar seperti yang aku letak widget kat sidebar sebelah kiri... Tarikh lahir aku 14 March tahun......, bila aku convert ke Tahun Hijrah, aku dilahirkan pada 18 Jamadil Akhir, hari Jumaat jam 3.00 pagi (jam 3.00 pagi berdasarkan Sijil Lahir)...
Panduan:
1. Mula-mula klik tarikh lahir (DD)
2. Kemudian click 'single arrow' sama ada kiri atau kanan sehingga jumpa bulan lahir (MM)
3. Kemudian click 'double arrow' kiri sehingga jumpa tahun lahir.
4. Di bahagian atas widget tu terpapar tarikh lahir kekawan dalam Tahun Hijrah
5; Jika nak kembali semula kepada tarikh hari ini, click perkataan "today"
Cubalah...
Omar: Umur aku dah 20 tahun
Ahmad: Betul ke umur kau 20 tahun?
Omar: Betullah...kalau kau tak percaya, kau tengok mycard aku ni...
Ahmad: mmmm...sebenarnya umur kau lebih dari 20 tahun
Omar: ??????( tak pandai kira kot si mamat ni)
Sebenarnya kiraan umur oleh Ahmad dan Omar, kedua-duanya adalah betul....Betul? Pelik gak ni...Kiraan umur oleh si Omar adalah berdasarkan Tahun Masehi, manakala si Ahmad mengira umur Omar berdasarkan Tahun Hijrah...Kenapa boleh berlaku perbezaan? Ini adalah kerana jumlah hari dalam setahun Tahun Masehi adalah 365 + 1 hari, manakala jumlah hari dalam setahun Tahun Hijrah tidak melebih 360 hari...Ini bermakna, berdasarkan Tahun Hijrah umur kekawan melebihi dari umur yang kekawan raikan setiap kali tibanya "birthday"...Apa kata selepas ni, kekawan cuba raikan befday kekawan berdasarkan Tahun Hijrah...sekurang-kurangnya, secara tak langsung kekawan tahu kalendar Hijrah...Macam mana nak tau tarikh lahir kekawan berdasarkan Tahun Hijrah? Senang je...gunakan "converter" kalendar seperti yang aku letak widget kat sidebar sebelah kiri... Tarikh lahir aku 14 March tahun......, bila aku convert ke Tahun Hijrah, aku dilahirkan pada 18 Jamadil Akhir, hari Jumaat jam 3.00 pagi (jam 3.00 pagi berdasarkan Sijil Lahir)...
Panduan:
1. Mula-mula klik tarikh lahir (DD)
2. Kemudian click 'single arrow' sama ada kiri atau kanan sehingga jumpa bulan lahir (MM)
3. Kemudian click 'double arrow' kiri sehingga jumpa tahun lahir.
4. Di bahagian atas widget tu terpapar tarikh lahir kekawan dalam Tahun Hijrah
5; Jika nak kembali semula kepada tarikh hari ini, click perkataan "today"
Cubalah...
Ahad, 19 Disember 2010
........PLEASE
Kekadang aku berasa pelik gak bila orang Melayu berkomunikasi, bila bercakap dalam bahasa orang putih selalu diakhiri dengan PLEASE...setahu aku please tu bermaksud tolong...Ironinya bila bercakap dalam bahasa Melayu takde pulak perkataan tolong tu...Adakah penggunaan "please" tu merupakan style bercakap? atau nak sedapkan lagi bunyi tu supaya bunyi lebih lembut dan manja? Atau adakah bila digunakan perkataan tolong dalam ayat Melayu menjadikan janggal, walaupun membawa maksud yang sama dengan please!....Memang aku tau ada orang Melayu berkomunikasi menggunakan perkataan tolong, tapi tak semua terutamanya melibat percakapan dengan dengan orang bawahan atau lebih muda usia...Dah lama aku fikirkan perkara ni, akhirnya alhamdulillah aku terjumpa jawapannya, bila aku terbaca sebuah buku bertajuk Keramat Sebuah Hati karya Mohammad Qayyum A. Badaruddin.. ini petikannya...
KATA LUQMAN TENTANG AKAL DAN HATI: Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.
Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Saufi, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Namun arahan itu hanya dipedulikan oleh akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.
Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Saufi, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih." Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama? Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.
Ketika Luqman menasihati anaknya, beliau mulakan dengan ungkapan nasihat itu dengan lafaz " Ya Bunayya" (wahai anak ku sayang). Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang diungkapkan, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.
Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasan
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN
KATA LUQMAN TENTANG AKAL DAN HATI: Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.
Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut "Saufi, buka pintu tu", ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan tersebut, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Namun arahan itu hanya dipedulikan oleh akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.
Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti "Saufi, tolong bukakan pintu tu. Terima kasih." Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedemikian rupa, berbanding arahan pertama? Saya yakin, kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan itu kerana perkataan "buka pintu" memberitahu akal, manakala perkataan "tolong" dan "terima kasih" menggerakkan hati.
Ketika Luqman menasihati anaknya, beliau mulakan dengan ungkapan nasihat itu dengan lafaz " Ya Bunayya" (wahai anak ku sayang). Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang diungkapkan, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.
Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasan
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN
Ahad, 28 November 2010
NAK JADI MACAM KITA GAK...
Apa nak jadi budak-budak sekarang ni...tak macam kita dulu!"...inilah ungkapan yang selalu kita dengar bila menceritakan hal remaja sekarang ni..tapi adakah tanggapan kita tu betul atau setakat hendak menuding jari kepada remaja....Sepatutnya kita tidak boleh bandingkan dengan zaman kita dahulu..lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang..yang pasti persekitaran remaja terlalu jauh bezanya dengan persekitaran kita dahulu..Persekitaran amat mempengaruhi hidup seseorang, kalau persekitarannya penuh dengan keganasan, secara tak langsung anak-anak itu juga akan bertindak ganas. Jadi peranan kitalah untuk mempastikan anak-anak itu tidak terpengaruh. Aku tertarik dengan kata-kata Hamka; Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. Apa yang aku faham, sepatutnya kita mendidik anak-anak untuk mereka menempuhi masa depan mereka bukannya mendidik anak-anak menjadi seperti zaman kita...Fikir-fikirkan..
Isnin, 22 November 2010
BERBISIK
Berbisik mengikut Kamus Dewan, "bercakap dengan suara yang perlahan (kepada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya"......maknanya bila berbisik paling kurang ada dua orang...camne pulak kalau sorang-sorang cakap perlahan? hehehe...tapi kekadang tu ada orang yang salah guna untuk berbisik, berbisik bukan bertujuan ke arah positif...positif tu maksud aku, untuk tujuan keselamatan misalnya... paling malang bila berbisik tu bertujuan untuk mengata seseorang....lebih malang lagi jika orang yang dikatakan tu ada di sekitarnya...jadi berhati-hatilah bila nak berbisik kerana kita tak tau penerimaan orang ketiga dan yang lain-lain...syaitan sentiasa mengambil kesempatan keadaan macam ini, syaitan pulak nanti berbisik kepada orang ketiga tu , " diaorang tu cerita pasal kau!"... tak pasal-pasal jadi cerita lain pulak...silap-silap timbul perasaan berkecil hati...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan yang ketiga, kerana yang demikian dapat membuatnya bersedih" (HR. Bukhori)
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud, "Apabila kalian bertiga, maka janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa menyertakan yang ketiga, kerana yang demikian dapat membuatnya bersedih" (HR. Bukhori)
Jumaat, 19 November 2010
BLOGGER CIKGU
Yahooooooooo.........itulah bunyi sorakan murid-murid apabila sampai hari terakhir sekolah terutamanya cuti hujung tahun...mana tak seronoknya, ada yang naik kelas, ada yang dari sekolah rendah ke sekolah menengah, ada yang dah habis periksa dan macam-macam lagi sebab mereka bersorak kegembiraan...yang pasti bila cuti sekolah, murid tak ke sekolah...macam mana dengan cikgu? adakah mereka juga bercuti...mungkin ramai yang tak tau atau buat-buat tak tau yang cikgu sebenarnya tidak cuti...ada yang jadi pengawas peperiksaan, ada yang terlibat dengan perancangan tahun depan dan ada juga yang terlibat dengan kursus..terutamanya cikgu sekolah rendah, maklum jelah tahun hadapan akan bermula kurikulum baru..Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)...Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) akan tamat tahun ini setelah digunapakai sejak 1995...pendek kata cikgu-cikgu tak cuti walaupun cuti sekolah yang panjang...
Sebagai penghargaan kepada insan yang bergelar guru, yang terlalu banyak berkorban untuk anak bangsa kita, aku nak bagi tag di atas kepada blogger di kalangan guru... Tapi aku tak pasti berapa ramai cikgu-cikgu yang ada blog..jadi untuk kali ni aku bagi kepada 5 blogger yang aku kenalpasti mereka adalah guru... aku harap tag aku ni mereka akan panjangkan kepada cikgu-cikgu yang lain..secara tak langsung dapat memanjangkan silaturrahim di kalangan blogger khasnya kaum guru dan dapat bertukar pendapat dan pengalaman di kalangan mereka..Tapi jangan lupa lak, sambil-sambil tu promolah sikit blog matahariku kat diaorang ek...hehehehe
ikhlas dari....
Khamis, 18 November 2010
TELEFON
Ringgg...ringgg.... itulah bunyi asal bila telefon berbunyi...tapi bunyi macam tu dah dikira ketinggalan zaman...sekarang ni bermacam-macam bunyi telefon berdering (ring tone), pilih saje bunyi yang macam hendak... "tepuk dada tanya telinga"...Tapi apa yang nak aku ceritakan dalam entri kali ni ialah tentang adab bertelefon supaya berkomunikasi melalui telefon betul-betul memberi manfaat..
1. Kawal nada suara...jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan
2. Jaga tempo pertuturan...kata orang jangan bercakap "macam keretapi lajunya"
3. Sebutan biarlah jelas terutamanya yang melibatkan fakta
4. Membuat panggilan pada waktu yang sesuai
5. Beri perhatian penuh semasa bercakap
6. Jawab panggilan dengan segera
7. Jangan menyampuk
8. Beradab walaupun pemanggil salah nombor
1. Kawal nada suara...jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan
2. Jaga tempo pertuturan...kata orang jangan bercakap "macam keretapi lajunya"
3. Sebutan biarlah jelas terutamanya yang melibatkan fakta
4. Membuat panggilan pada waktu yang sesuai
5. Beri perhatian penuh semasa bercakap
6. Jawab panggilan dengan segera
7. Jangan menyampuk
8. Beradab walaupun pemanggil salah nombor
Jumaat, 5 November 2010
MAZE
Maze...biasa dengar je...Maze ni banyak maknanya tetapi aku nak fokus kepada puzzle grafik...kalau dalam kehidupan seharian maze dikaitkan dengan situasi fizikal yang boleh menyebabkan mudah sesat..Dalam konteks puzzle grafik, maze adalah satu penyelesaian laluan tanpa gangguan dari tempat mula ke penamat....maze yang sebegini banyak digunakan dalam memberi latihan kepada murid-murid pra sekolah dan sekolah rendah: satu latihan yang menyeronokan dan dapat menguji minda terutamanya otak kiri...Kalau orang dewasa, sekali sekala tu seronok gak menyelesaikannya..Maze boleh dikategorikan kepada enam iaitu unicursal (labyrinth), simply-connected, multiply-connected, weave, planair dan logic. Di bawah ni ditunjukkan langkah-langkah untuk membuat satu maze yang mudah.
Langkah 1: Lukis segiempat tepat yang terdiri beberapa petak segiempat sama yang bilangannya adalah ganjil. Kemudian warnakan petak-petak itu seperti dalam rajah di bawah. Warna putih merupakan laluan penyelesaian, biru gelap adalah halangan laluan dan biru muda mungkin sebahagian laluan atau halangan
Langkah 2: Warnakan semua petak bahagian tepi dengan warna biru gelap. Kemudian tentukan laluan masuk dan keluar dengan menukarkan petak itu kepada warna putih, seperti dalam rajah
Langkah 3: Menyediakan laluan utama iaitu laluan penyelesaian, dengan memadam/menukarkan warna biru muda kepada warna putih
Langkah 4: Petak putih yang masih belum digunakan disambungkan dengan petak biru muda supaya menjadi beberapa laluan yang terhalang. Tetapi pastikan tidak bersambung dengan laluan utama
Langkah 5: Semua petak biru muda yang tinggal ditukarkan kepada biru tua. Jadi maze kita dah siap seperti rajah di bawah
Alhamdulillah...Selamat mencuba
Rabu, 27 Oktober 2010
BAHASA KOMPUTER
Dalam kita tiap hari mengadap komputer, mungkin ada yang tak tau apakah yang berlaku sebenarnya bila kita menekan kunci keyboard...kalau menggunakan type writer (mungkin ada yang tak pernah guna type writer) kita tau dengan mata kasar bila tekan kunci huruf W akan tertulis pada kertas tu huruf W. Tetapi pada komputer adakah perkara sama yang berlaku? Dalam entri aku kali ni, aku ingin berkongsi info dengan kekawan yang tidak begitu faham tentang hal ini.
Komputer sebenarnya hanya mampu menyimpan dan memproses data. Ia tidak berfikir tetapi hanya menjalankan arahan yang diberikan kepadanya. Arahan yang dipanggil ataurcara/program yang dibuat oleh pengaturcara. Komputer hanya memahami bahasa binari (hanya guna digit 0 dan 1 sahaja) dan kemudiannya ia memproses data itu untuk menghasilkan output yang difahami oleh bahasa manusia yang dipaparkan di skrin atau pencetak.
Apabila kita menekan kunci di keyboard, karakter tersebut secara automatik akan bertukar kepada satu siri denyutan elektronik. CPU akan mengenalpasti denyutan ini.
Sebagai contoh, apabila kita tekan kunci huruf W di keyboard, ia akan menyebabkan isyarat elektronik di hantar ke CPU, kemudiannya CPU menukarkannya kepada nilai ASCH (kod binari) iaitu 01010111. (setiap nombor, abjad dan simbol khas dipanggil aksara, dan setiap aksara diwakili oleh 1 bait ( 1 bait = 8 bit)..ini bermakna setiap aksara mempunyai kod binari yang terdiri kombinasi 8 digit 0 dan 1.
Diharap kekawan faham penerangan ringkas di atas...InsyaAllah
Disunting daripada estidotmy
Rabu, 6 Oktober 2010
INGATKAN ANAK-ANAK KITA
"Anak derhaka kau...tak bau syurga nanti!"...mintak jauhkan kata-kata ini keluar dari mulut ibu-bapa..ironinya adakah kata-kata ini diucapkan anak-anak kita telah diberi ilmu yang cukup..kalau tidak, tak hairanlah boleh menjadi anak yang derhaka...dalam entri aku kali ini, aku cuba berkongsi dengan kekawan yang mempunyai anak atau yang masih ada ibubapa atau yang bakal jadi ibubapa..sama-samalah kita ingat mengingat...
Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?" Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata, "Bahkan tidak, ya Rasullullah." . Sabda baginda, "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa."
Derhaka kepada ibubapa bermaksud melakukan maksiat, menentang dan tidak melaksanakan hak-hak mereka. Di antara perbuatan derhaka ialah:
1) Anak memandang dengan tajam kepada ibubapa ketika marah
2) Anak memandang dirinya sama dengan ibubapanya
3) Anak mengagungkan dirinya tidak mahu menghormati ibubapa
4) Anak tidak mahu atau malu untuk dikenali dengan nama bapanya. Apalagi jika anak itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
5) Anak tidak melaksanakan hak dengan memberikan nafkah kepada kedua ibubapanya yang fakir; sehinggakan keduanya terpaksa mengadu kepada hakim agar anak menunaikan kewajipan memberikan nafkah kepada mereka berdua.
6) Anak mengatakan "Ah" (membentak) kedua ibubapanya, termasuklah "huh", "Bisinglah mak ni!!"
7) Merasa jemu terhadap kedua ibubapa, menyombongkan diri dan menegur keduanya dengan kata-kata yang menyakitkan, melukai perasaan atau menghina dan juga meninggikan suara.
Sabda Rasullullah SAW, marhumnya: "Ada tiga jenis orang yang diharamkan oleh Allah SWT untuk memasuki syurga iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya dan orang hina yang menempatkan keburukan di dalam keluarganya."
Selasa, 5 Oktober 2010
TAU TAK HARI APA ANDA LAHIR?
Kalau tanya bila bila befday, tentu ramai yang secara spontan dapat menjawabnya...tapi bila tanya hari apa lahir? kebanyakannya akan jawab "aaaaaaaaaaaa...taktau ler" ...camne kalau dalam entri aku kali ini cuba bantu kekawan menentukan hari apa kekawan lahir. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menentukan hari bagi tarikh-tarikh yang lain, misalnya nak tau hari apa 31 Ogos 1957 dsb...cuma aku nak ingatkan kaedah ini 99.999+% tepat
- Katakan A sebagai tahun kelahiran.
- Katakan B sebagai jumlah hari tertentu dalam tahun kelahiran (kiraan bermula dari 1hb pada tahun kelahiran hingga tarikh lahir)
- Katakan A sebagai tahun kelahiran.
- Katakan B sebagai jumlah hari tertentu dalam tahun kelahiran (kiraan bermula dari 1hb pada tahun kelahiran hingga tarikh lahir)
- Kira C = (A -1) dibahagikan dengan 4, dan abaikan bakinya.
- Kira D = A + B + C.
- Bahagikan D dengan 7 dan perhatikan bakinya.
Untuk lebih jelas, berikut ini adalah satu contoh pengiraan:
Zaidatun dilahirkan pada 22 bulan Mac tahun 1996. Jatuh pada hari apakah Zaidatun dilahirkan?
Jawabnya adalah:
1) A = 1996
2) Januari = 31 hari
Februari = 29 hari (tahun 1996 adalah tahun lompat, kalau bukan tahun lompat, 28)
Mac = 22 hari (tarikh kelahiran Zaidatun)
B = 82 hari. (iaitu hasil tambah 31+29+22 di atas)
3) C = (1996 - 1) bahagi dengan 4 = 1995 bahagi dengan 4
C = 498 baki 3 (baki diabaikan).
4) D = A + B + C = 1996 + 82 + 498 = 2576.
5) 2576 bahagikan dengan 7 = 368 bakinya adalah 0.
Kerana bakinya 0 bererti Zaidatun lahir pada hari Jumaat.
Di bawah ini adalah jumlah baki kiraan langkah (5) yang mewakili nama hari:
- Kira D = A + B + C.
- Bahagikan D dengan 7 dan perhatikan bakinya.
Untuk lebih jelas, berikut ini adalah satu contoh pengiraan:
Zaidatun dilahirkan pada 22 bulan Mac tahun 1996. Jatuh pada hari apakah Zaidatun dilahirkan?
Jawabnya adalah:
1) A = 1996
2) Januari = 31 hari
Februari = 29 hari (tahun 1996 adalah tahun lompat, kalau bukan tahun lompat, 28)
Mac = 22 hari (tarikh kelahiran Zaidatun)
B = 82 hari. (iaitu hasil tambah 31+29+22 di atas)
3) C = (1996 - 1) bahagi dengan 4 = 1995 bahagi dengan 4
C = 498 baki 3 (baki diabaikan).
4) D = A + B + C = 1996 + 82 + 498 = 2576.
5) 2576 bahagikan dengan 7 = 368 bakinya adalah 0.
Kerana bakinya 0 bererti Zaidatun lahir pada hari Jumaat.
Di bawah ini adalah jumlah baki kiraan langkah (5) yang mewakili nama hari:
Jumaat = 0
Sabtu = 1
Sabtu = 1
Ahad = 2
Isnin = 3
Selasa = 4
Rabu = 5
Khamis = 6
Isnin = 3
Selasa = 4
Rabu = 5
Khamis = 6
............Selamat mencuba...
Isnin, 4 Oktober 2010
E-BUKU
Mungkin ramai yang dah tau...mengikut kajian peratusan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia memang terlalu rendah...tambahan apabila telah meninggalkan alam persekolahan...kalau adapun suka membaca majalah hiburan, terutama membaca majalah yang mengandungi citer-citer gossip, citer tentang mengaibkan orang...secara tak langsung bersubahat dengan unsur-unsur fitnah...tak heranlah di Malaysia industri buku sangat malap terutama buku-buku berbentuk ilmu dan ilmiah...bila ditanya pelbagai alasan diberi kenapa tidak membaca buku berbentuk demikian..tapi semenjak adanya peluasan paltform elektronik, kini bahan bacaan juga telah dibangunkan dalam bentuk capaian secara dalam talian.
Dikenai sebagai e-buku, ia merupakan medium penyampaian maklumat secara data elektronik. Peranti e-buku ini didatangkan dalam bentuk segi empat, sama seperti saiz buku serta mempunyai skrin paparan luas selain akses kepada rangkai Wi-Fi. Kelebihan e-buku adalah ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana serta saiz storannya yang besar, mampu memuatkan pelbagai jenis buku seperti kamus, fiksyen, buku teks dan buku rujukan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mencari pautan judul buku yang diinginkan menerusi akses internet. Kandungan buku-buku itu kemudiannya boleh dimuat turun dalam bentuk fail format pdf untuk kemudahan bacaan terus oleh pengguna.
Aku rasa dengan adanya e-buku ini peratusan membaca dapat ditingkatkan dan aku tak heran kalau satu hari nanti murid-murid sekolah hanya membawa 1 unit e-buku ke sekolah menggantikan buku-buku teks yang sedia ada...jadi tak timbullah masalah terlalu berat murid-murid membawa buku teks ke sekolah, yang sampai sekarang masih belum ada penyelesaian... Fikir-fikirkan
Sumber: estidotmy
Jumaat, 27 Ogos 2010
TA... TA @ BYE... BYE...MANA YANG BETUL?
Sebenarnya dah lama gak aku fikirkan tentang isu ni...walaupun perkara ni boleh dikatakan perkara remeh tapi pada aku boleh membawa kesan yang sangat mendalam, sehingga akan menjadi budaya hidup kita....memang lah mudah sebut bye..bye atau ta..ta...kanak-kanak kecil yang baru belajar bercakap pun boleh menyebutnya...semua orang tau kedua-dua perkataan tu mewakili ucapan selamat tinggal dan selamat jalan..kalo kanak-kanak menggunakan perkataan tu takpelah sebab mudah disebut..tapi aku tetap tak setuju kanak-kanak menggunakan perkataan itu terutamanya perkataan bye..bye..Aku tak setuju kerana perkataan yang mudah itu kalo sejak dari kecil diajar, akan menjadi "darah daging" , sampai ke tua pun guna lagi.. Yang keduanya, dalam aku tercari-cari kenapa gunakan perkataan bye..bye, dengan izin Allah, adalah member share info tentang perkara yang sama..BYE adalah perkataan ciptaan penganut Kristian, dalam bahasa Arabnya "fihafzil baba", kalo diterjemahkan dalam bahasa kita "Di bawah naungan Pope (padri)"....aku difahamkan perkataan bye ini adalah jarum halus Kristian dalam menyebarkan dakwahynya...Walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya tetapi aku terima info tersebut secara positif...apa salahnya dari kecil lagi, dari mula kanak-kanak belajar bercakap, situasi "perpisahan" sebegitu kita gunakan ucapan "Assalammualaikum" bukannya ta..ta.. atau bye..bye.. Bayangkanlah jika info tadi benar...Fikir-fikirkan
Rabu, 25 Ogos 2010
BABY OH BABY
Kadangkala ada para ibubapa yang agak risau dengan bayi mereka...tambahan bila dibandingkan bayi yang seusia...kerisauan ini dapat dikurangkan jika para ibubapa tau serba sedikit tentang tumbesar dan perkembangan perlakuan bayi...Dalam entri ni aku bagilah sedikit panduan tentang perkembangan perlakuan bayi........ 1) Perkembangan perlakuan bayi pada umumnya bermula dari kepala ke kaki. 2) Bayi dapat mengawal kepala dahulu berbanding dengan badan. Sebagai contoh, bila ditiarapkan, bayi boleh mengangkat kepalanya sebelum mengangkat badannya. 3) Otot-otot yang berhampiran dengan badan berfungsi dahulu sebelum otot-otot yang jauh dari badan...tidak hairanlah bila kita tengok bayi menggerakkan batang lengan ke arah sesuatu benda tetapi tidak dapat memegang benda tersebut. 4) Perlakuan berkembang dari bilateral ke unilateral...jangan risau kalau bayi cuba menyepak bola dengan kedua-dua belah kakinya serentak kerana masih di peringkat bilateral..bila dah sampai peringkat unilateral, barulah dia menyepak dengan sebelah kaki..Dengan sedikit info di atas, aku harap takdelah para ibubapa mudah panik bila melihat perlakuan bayi mereka...Wallahhualam
Rabu, 18 Ogos 2010
ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 3/3)
Ramai anak-anak sekarang bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak mempunyai sikap memperdulikan ibubapa mereka. Ini kerana sejak dari kecil lagi mereka telah sedia maklum, sebagai ibubapa, kita sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka, kita selalu teringatkan mereka, kita terlalu sayangkan mereka. Kita tak sanggup tengok mereka merana, susah mereka kita bantu, sakit mereka sakitlah juga kita. Akibatnya, maka terpahat di jiwa mereka sikap "tidak terlalu khuatir" atau "ignorant" dengan sikap kita terhadap mereka sehinggakan mereka adalah anak yang hanya mementingkan diri mereka sahaja, tidak memperdulikan ibubapa, berani melakukan apa sahaja walaupun akan menyakiti hati ibubapa mereka. Ibubapa janganlah jadikan anak-anak seperti kekasih. Ibubapa harus menzahirkan bahawa anak-anak yang seharusnya memerlukan ibubapa bukannya ibubapa yang memerlukan anak-anak. Kelak mereka akan mengambil kesempatan dan tidak mengendahkan kita. Gambarkan kepada mereka, kita boleh hidup seperti biasa tanpa mereka dan mereka akan menjadi susah di dunia dan akhirat tanpa kita. Namun begitu jangan pula kita jadikan anak-anak seperti musuh; buruk padahnya kelak. Mereka tidak akan menghargai kita malah membenci kita. Sebaik-baiknya jadikanlah mereka seperti kawan.
Kawan di sini bukanlah seperti istilah kawan yang dimaksudkan oleh ahli psikologi Barat. Kawan dalam konteks Barat, matlamatnya ialah memecahkan benteng kekuasaan (authoritarian) ibubapa yang dianggap penghambat dalam perhubungan antara ibubapa dan anak-anak. Akibatnya ramai ibubapa yang menjadikan anak mereka sebagai "kawan", akhirnya ibubapa juga kecewa, kerana hilang perasaan hormat anak-anak terhadap mereka.
Seharusnya, anak-anak dididik untuk berbahasa dan bersopan santun terhadap ibubapa. Ada pulak pihak yang menggalakkan ibubapa mempelajari bahasa anak-anak sekarang, yang jelas bukan bahasa yang baik bahkan bahasa pelik yang mereka gunakan antara sesama mereka. Kononnya jika ibubapa mengetahui bahasa yang digunakan oelh anak-anak zaman sekarang, maka hubungan ibubapa dan anak-anak akan menjadi lebih akrab kerana kita memahami bahasa mereka.
Bukankah seharusnya anak-anak yang mesti diajar memahami bahasa yang sopan terhadap ibubapanya? Sebaiknya ibubapa mesti mengekalkan sikap penguasaan mereka terhadap anak-anak, agar batas kekuasaan antara anak-anak dengan ibubapa sentiasa ada. Ibubapa juga harus bersikap tegas, khususnya terhadap perkara-perkara yang salah dari segi agama, undang-undang, adat dan budaya.
Anak-anak boleh menjadi manusia yang berdisiplin dengan mematuhi hukum dan peraturan. Ibubapa menjadi kawan kepada mereka, bukan pada pergaulan tapi pada sikap kepercayaan.
Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri & anak
Ahad, 15 Ogos 2010
ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 2/3)
Masih ingat citer Part 1? Pasal kategori ibubapa yang menjadikan anak sebagai musuh... Dalam Part 2 ni pulak, aku nak citer kategori ibubapa yang menjadikan anak mereka sebagai KEKASIH.....ish ish mana bolehhhhhh....inilah respon yang aku dapat masa aku publish Part 1 dulu....aku tak salah respon orang tu sebab dia hanya baca tajuk jer...harap-harap bila dia dah baca Part 2 ni, daripada ish ish menjadi ooooooooooooooo....:-) Kekasih adalah orang yang sangat dicintai, disayangi, dirindui, dilindungi, diutamakan, berkorban untuk dia, tidak menyakitinya dan semua yang baik ada pada diri dia. Pendek kata, kentut dia pun wangi! hehehehe...ade ker? Bayangkanlah kalau anak-anak dilakukan seperti kekasih. Terlalu dicintai dan disayangi sehinggakan tak sanggup kehilangannya. Ketiadaannya di sisi walaupun sebentar akan dirindui, jadi tak tentu arah dan apa kesukaannya segera disediakan...sampai bergolok bergadailah jadinya...
Apakah sikap ini baik? Sebenarnya sikap ini hanya akan merosakkan anak-anak. Anak-anak yang menerima layanan sebegitu juga akan mengambil kesempatan ke atas ibubapanya kerana dia tau dirinya terlalu dikasihi. Apapun kesalahan yang dilakukan tidak akan diambil tindakan, sebaliknya kata orang, pandang sebelah mata jer...Anak yang sebegini selalunya "besar kepala" dan hanya mementingkan diri sendiri, tidak memperdulikan orang lain termasuk ibubapanya.
Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Sesungguhnya harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan) dan di sisi Allah ada balasan yang besar." (Surah al-Taghabun:15)
Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri dan anak
Jumaat, 13 Ogos 2010
NILAI SEBATANG ROTAN
Jika dikira dari segi harganya, sebatang rotan memanglah tidak ada nilai. Namun begitu ramai di kalangan ibubapa hari ini TIDAK MAMPU membeli sebatang rotan. Mereka tidak mampu bukan kerana tidak mempunyai wang tetapi mereka hilang kemampuan untuk menilai keberkesanan sebatang rotan dalam membentuk masa depan anak-anak mereka. Rasullullah bersabda, maksudnya: "Allah mengasihi hamba yang menggantung di rumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya".(Riwayat Ahmad). Rotan bukanlah sebagai satu senjata untuk menyakitkan, sebaliknya ia harus dilihat sebagai alat untuk membentuk dan mendisiplinkan seseorang. Merotan adalah tahap terakhir selepas "dinasihati" dan "dipulaukan" dalam mendisiplinkan anak-anak.Ada pendapat mengatakan bahawa mendisiplinkan anak-anak dengan rotan akan menyebabkan mereka menjadi semakin keras hati dan degil. Sebenarnya yang menjadikan mereka keras hati dan degil adalah salah penggunaan rotan apabila dijadikan sebagai senjata untuk mencederakan. Anak yang tidak dirotan setelah berkali-kali diberikan nasihat, akan bertapaklah di dalam benaknya bahawa segala kesalahan boleh terlepas dengan bersikap degil dan tidak akan tercetus di fikiran mereka akan kesan daripada kesalahan yang dilakukan. Apabila Islam membolehkan bahkan menyarankan agar anak-anak degil didisiplinkan dengan cara merotan, maka sebagai orang yang beriman hendaklah kita menerima dan menyakininya sebagai jalan terbaik...Fikir-fikirkan
Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri dan anak
TIP MENANGANI ANAK-ANAK NAKAL
"Biar nakal jangan jahat!"...betul ke? Aku pun tak pasti sama ada betul ke tak...nak bincang lebih-lebihpun, kedua-duanya bersifat subjektif..setengah orang kata perlakuan itu nakal tetapi setengah orang kata perlakuan itu jahat...tapi pada aku nakal tu perlu dibendung supaya tidak menjadi jahat, kalaulah betul nakal tu lebih elok berbanding dengan jahat...dalam entri aku kali ini, aku gabungkan dua-dua, tak kira sama ada nakal atau jahat..Kenakalan berlaku mungkin disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu perasaan ingin tahu dan ingin mencuba...tetapi yang kita risaukan ialah kenakalan bersifat negatif...bahasa mudahnya nakal yang membawa kepada perkara yang yang bertentangan dengan undang-undang dan syariat Islam. Kadangkala dah banyak kali ditegur, dinasihat, dipukul tapi masih juga degil...kekadang tu terdengar gak kata-kata "macam mana tak degil, dah anak tu sejak lahir dibesarkan dengan susu lembu, degil macam lembulah dia"..
Setelah macam-macam ikhtiar kita lakukan, anak kita masih degil gak, kita cuba pula tip berikut, iaitu melembutkan hati anak yang degil dan nakal dengan membaca ayat-ayat berikut pada tubuh anak, dengan syarat kita baca dengan penuh penghayatan, khusuk dan difahami setiap erti ayat yang dibaca.
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Toha , ayat 1 hingga 8
4. Surah al-Hasyrayat, ayat 21
5. Surah lazim seperti Surah al-Ikhlas, Surah an-Nas dan Surah al-Falaq
Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak
Rabu, 11 Ogos 2010
ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 1/3)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kepada kita berada di hari pertama Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah...semoga umur kita dipanjangkan sehingga tamat Ramadhan dan dapat kita menjalani ibadah yang lebih baik...
Semua orang tau, salah satu sifat yang diuji oleh Allah swt sepanjang Ramadhan ini ialah sifat marah. Allah menguji kita dengan pelbagai ragam anak-anak, sehinggakan kita ibubapa berada dalam kategori meletakkan anak sebagai kekasih atau kawan atau musuh.
Kali ini biarlah aku citer pasal ANAK SEBAGAI MUSUH kerana pada aku kalau ada ibubapa yang begitu, eloklah mula ubah di hari pertama Ramadhan ini.
Bila sebut MUSUH sudah tentu orang yang dibenci, orang yang tidak disukai.Apa sahaja yang dilakukan akan dipandang buruk dan dicurigai. Tindakan akan diambil ke atasnya walaupun hanya melibatkan kesilapan yang kecil. Segala kebaikan yang diberikan akan dicurigai dengan sangkaan buruk. Pujian tidak pernah kedengaran, yang ada hanya cemuhan, maki hamun dan penghinaan. Setiap kali bersua muka, hati akan menyampah terhadapnya, meluat dan geram hinggakan kesilapan sedikitpun akan dipukul.
Adakah wajar anak-anak diperlakukan sebegitu, sebagai musuh? Tidak ada anak yang minta dilahirkan sedemikian. Anak yang dijadikan seperti musuh akan menjadi musuh kepada kita (ibubapa).
Firman Allah swt bermaksud: Sesungguhnya sebahagian dari isteri dan anak-anakmu adalah musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah (Surah al-Taghabun:14). Surah ini sebenarnya berfokus kepada suami, iaitu berkaitan dengan cara mendidik isteri dan anak-anak.
Rasullullah saw ada bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak, maka tidak akan disayangi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cukuplah setakat tu ye! nanti panjang-panjang boring lak bacanya...apa yang nak aku ingatkan (termasuk aku sendiri) ialah kategori mana kita berada sebenarnya kita sendiri yang menentukannya.. ragam dan perangai anak-anak itu merupakan ujian Allah swt untuk menentukan kita berada dalam kategori yang mana...Fikir-fikirkan..
Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak
Langgan:
Catatan (Atom)



























